Monday, August 16, 2010

Laksa Peneng Zaharah Style

Assalamualaikum..


Bahan A
1 paket laksa - celur dan toskan airnya
3 @ 4 ekor ikan selar besar - Rebus dan jangan buang airnya. Isi ikan diasingkan dari tulang dan duri. setelah itu tumbuk menggunakan lesung.

Bahan B

4 ulas bawang kecil
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
2 keping asam keping
3 sudu lada kering yang telah dikisar - boleh tambah jika suka pedas
1 cm belacan
Bunga kantan diracik
Garam dan perasa

Bahan C
Daun kesum - untuk hiasan dan kuah
Daun selasih
Timun
Tauge
Bawang besar
Limau Kasturi / limau nipis

Cara-cara

1. Kisar bahan-bahan B.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam air rebusan ikan dan masukkan lada yang telah dikisar bersama ikan yang ditumbuk.
3. Apabila mendidih masukkan asam keping dan daun kesum serta garam dan perasa. Boleh tambahkan air bila kuah terlalu pekat.
4. Agak-agak sudah mendidih sekali masukkan bunga kantan yang diracik.
5. Biarkan mendidih lagi n tutup api.
6. Bahan-bahan C hendaklah dimayang halus sebagai hiasan. Juga boleh tambah dengan sambal belacan untuk lebih 'kick'..

Wadei Ibu Mertuaku

Assalamualaikum..


Bahan-Bahan

300 gm ubi - di parut
3 ulas bawang kecil
1 biji lada besar
1 sudu makan udang kering
1 sudu kecl garam
1 poko daun kucai - kalau x de boleh juga guna daun bawang
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara

1. Tumbuk bawang, lada, udang kering dan bawang hingga udang kering hancur.
2. Gaulkan bahan yang ditumbuk bersama ubi yang diparut. ( x payah buang kanji ubi)
3. Tambahkan dengan daun kucai.
4. Buat bentuk bulat-bulat dan leperkan sedikit seperti wadei.
5. Goreng di dalam minyak yang banyak.

Kerang Goreng Bees Style

Assalamualikum..




Bahan A

1kg kerang
1 sudu teh garam
air secukupnya

Bahan B

3 ulas bawang kecil
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci halia
1/4 inci lengkuas

Bahan C
3 sudu besar lada kering yang telah dikisar
Minyak - untuk menumis
Kacang tanah kisar - 3 sudu besar
Perasa - garam, gula
Sedikit air

Cara-cara

1. Masukkan bahan A di dalam periuk. Rebus kerang hingga masak - Bila kerang sudah terbuka maka masaklah dia.
2. Sejukkan kerang yang telah direbus dan buang sebelah kulit kerang tersebut. Ketepikan
3. Kisar semua bahan B.
4. Di dalam kuali, panaskan minyak untuk menumis dan masukkan lada yang telah dikisar. biar ia hingga garing sedikit.
5. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan biarkan hingga naik bau.
6. Tambahkan sedikit air dan masukkan bahan perasa.
7. Masukkan kerang yang telah dibuang kulit sebelah. Ratakan dan biarkan hingga rempah masuk kedalam kerang.
8. setelah agak kering masukkan kacang tanah yang ditumbuk.
9. Sedia untuk dihidangkan


Friday, July 16, 2010

Udang Bersantan HoneyBee

Assalamualaikum..




Bahan yang disediakan sangat mudah

Bahan-Bahan
10 ekor udang kelabu- buang kulit
1 sudu makan lada kering yang telah dikisar
1 sudu makan serbuk kunyit
1 labu bawang besar
1 batang daun bawang
1 cawan santan
1 batang lada besar- dipotong serong
2 sudu makan minyak untuk menggoreng
1 sudu teh garam
sedikit perasa

Cara.
1. Campurkan udang bersama lada yang telah dikisar, serbuk kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak dan gorengkan udang 1/2 masak.
3. Masukkan santan dan biarkan hingga mendidih. Masukkan sedikit perasa.
4. Setelah agak kering, masukkan daun bawang, lada yang dihiris dan bawang.
5. Biarkan ia mesra dengan menggunakan api yang sederhana.
6. Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih.

Selamat menjamu selra

Friday, March 26, 2010

Selamat Datang

Assalamualikum...

Syukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk aku hidup dibumi-Mu.. Hari ini aku diberikan idea oleh Allah untuk create blog arinih..tujuan blog ni adalah untuk aku mencurahkan idea masakan ataupun kraft khas untuk suamiku serta orang2 yg aku sayang....